Total Pageviews

Saturday, 31 August 2019

Mencari Cahaya 2

Aku dilahirkan pada bulan ogos di daerah limbang sarawak. Kehidupan aku lebih banyak dijaga oleh nenek dan datuk sebelah ayah yang berbangsa bisaya dan beragama kristian. Dan ada kalanya aku menganggap bahawa nenek dan datuk aku adalah ibu dan bapa aku sendiri. Aku sering luahkan perasaan terhadap nenek, aku sering mengikut datuk makan mee kolok di gerai cina, aku ikut nenek berjual air di gerai nya di SEDC limbang, aku temankan datuk kutip hutang penyewa rumah sewa.

Aku dilahirkan dan membesar di dalam keadaan keluarga yang aku rasa seperti mengalami krisis di mana aku tidak lah dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu dan ayah dari kecil lagi. Seingat aku sebelum nenek dan datuk mengambil dan mula menjaga aku dari jagaan ibu dan bapa, pada ketika itu aku hanyalah seorang budak biasa dan sering dipukul oleh mak semasa ketiadaan bapa di rumah.

Aku sebenarnya tidak juga mengetahui kenapa mak sering memukul dan mendera aku yang pada ketika itu hanyalah seorang budak kecil, berbeza sekali layanan mak aku terhadap adik beradik aku yang lain. Mak sangat menyayangi kakak, abang dan adik tetapi bukan aku. Ada ketika aku di biarkan duduk di satu sudut dan hanya melihat adik beradik yang lain menjamu makanan. Ada ketika aku di pukul dengan teruk sekiranya tidak buat kerja yang diberikan dengan betul.

Aku terus bertahan di dera dan dipukul oleh mak sendiri dan aku tidak tahu dengan siapa harus aku mengadu segala keperitan yang aku lalui ketika itu. Ayah pula jarang pulang ke rumah kerana kerja di pelantaran minyak. Pada satu hari aku melarikan diri kerana tidak tahan dengan segala kesakitan yang di alami. aku berjalan tiada arah tuju. tidur di kubur cina, kerana aku tiada tempat untuk pergi. kebesokan hari nya dengan baju lusuh aku teruskan berjalan tanpa arah tuju mencari sisa makanan namun tidak menemui apa pun untuk dijamah. Aku menangis teresak esak menahan perut lapar sambil terus berjalan menjauhkan diri dari kesakitan didera oleh mak aku sendiri.

Akhirnya ada satu keluarga cina menemui aku menangis sambil jalan tidak tentu arah. Aku tidak bercakap sepatah kata pun kepada keluarga cina tersebut dan hanya terus menangis. Keluarga cina ini membawa aku masuk ke rumah mereka dan memberikan makanan dan minuman untuk aku. aku terus makan kerana sangat lapar. Mereka terus bertanya namun aku tidak menjawab sepatah apa pun. Akhirnya mereka pun membawa aku kepada pihak polis bagi menyelesaikan dan menyiasat apa sebenarnya terjadi terhadap aku.

nantikan cerita seterusnya 



Mencari Cahaya 1

Hari ini bertarikh 31.8.2019 aku memulakan semula menulis cerita aku di blogger. Sebagai perkenalan korang boleh panggil aku dengan nama role. Berasal dari Miri, Sarawak, Malaysia. Lahir di Limbang. Berdarah campuran iaitu bangsa bisaya sebelah bapa dan bangsa bajau sebelah mak. Aku ada seorang kakak, seorang abang dan seorang adik lelaki. Di mana waktu aku sedang menaip cerita ini sekarang semua mereka telah pun berkahwin dan mempunyai anak. Aku belum kahwin lagi sebab hidup dengan penuh kesibukan.

Dulu aku pernah menulis blogger juga tetapi sudah dipadamkan atas sebab tertentu. Namun setelah beberapa tahun berfikir tiada salahnya kita menulis cerita kisah hidup kita. Bukan nya untuk memburukkan mana mana tempat mahupun orang lain namun hanyalah sekadar sebuah kisah hidup aku sendiri.

Setiap nama di dalam cerita ini nanti adalah rekaan namun jalan cerita adalah yang betul dilalui oleh aku. Mungkin pelbagai tanggapan orang selepas membaca cerita kisah aku ini nanti namun itu semua terpulang kepada anda sendiri untuk menilai dan membayangkan semua keadaan cerita yang anda baca.

Cerita yang akan aku terbitkan ni mengisahkan kisah aku daripada kecil sehingga lah kisah aku di sekolah juvana dan sehingga lah ke hari ini, ketika ini. Sila lah nantikan cerita kemudian pada blogger seterusnya nanti.

Terima Kasih