Sambungan Episod Lepas
Perjalanan hidup aku bermula selepas tinggal bersama nenek dan datuk di limbang, Sarawak. ingin diceritakan sedikit tentang nenek dan datuk. Ketika aku sedang menulis cerita ini nenek dan datuk telah pun tiada di dunia. Nenek dan datuk di limbang ni berbangsa bisaya dan beragama kristian, mereka berdua adalah ibu dan ayah kepada bapa aku. Nenek dan datuk sangat kuat agama, setiap hari ahad mereka tidak pernah lepas pergi ke gereja untuk bersembahyang.
Nenek dan datuk tinggal di rumah banglo berkembar dua tingkat, mempunyai sebidang tanah yang sangat luas berdekatan dengan sempadan limbang brunei yang mana tanah tersebut mempunyai tujuh buah bukit semuanya. Nenek juga mempunyai gerai minuman sendiri, datuk pula ada syarikat memandu sendiri dan juga mempunyai beberapa buah rumah yang disewakan kepada penyewa.
Di rumah cuma ada nenek, datuk, aku dan juga seorang makcik yang aku panggil anti amboi. Anti amboi pula adalah anak angkat kepada nenek dan datuk dia juga adalah yang paling bongsu. Pada ketika itu anti amboi masih lagi di sekolah menengah manakala aku pula sekolah rendah. Bilik aku cuma bersebelahan dengan anti amboi di tingkat atas. Bilik nenek dan datuk pula berhadapan di antara bilik kami berdua.
Aku bersekolah seperti budak yang lain menaiki van sekolah setiap hari. Di rumah pula ada seorang penjaga yang aku panggil anti induk. Kerja nya membersihkan rumah, menyiapkan barang makan untuk semua, menjaga makan minum aku, anti amboi, nenek dan datuk. Anti induk pula tinggal di bilik tingkat bawah. Seorang yang sangat baik dan rapat dengan kami semua. Setelah anti induk berkahwin dia pun berpindah mengikut suaminya di brunei.
Walau pun aku berbangsa bisaya namun aku tidak lah pandai bercakap bisaya seperti sepupu aku yang lain. Selama tinggal dengan nenek dan datuk adalah juga aku cuba belajar bercakap bahasa bisaya namun ianya sangat susah sekiranya tidak bermula dari zaman kecil lagi, aku cuma dapat memahami serba sedikit bahasa bisaya. Aku juga selalu ikut nenek dan datuk ke kampung mereka yang seingat aku nama kampung tersebut ialah kampung ranggu.
Kereta kena parking di sebelah dan naik sampan untuk ke kampung tersebut, aku juga menyaksikan budak kampung di sana mandi sungai tanpa ada perasaan takut langsung. Kenangan paling aku tidak dapat lupakan ketika di kampung itu ialah aku kena kejar oleh monyet. Aku tak kacau pun monyet tersebut, aku cuma makan depan tu tertiba monyet tu kejar aku. habis satu padang tu aku lari pusing sambil tangan aku masih pegang makanan tadi. Orang kampung situ pula ketawakan aku je. Lepas aku buangkan roti di tangan aku tadi baru lah monyet tu berhenti mengejar aku. Rupa rupanya monyet tu nak minta makanan yang aku makan tadi. Malu nya aku ketika itu 😊
Nantikan cerita seterusnya di episod berikut
Kisah seorang budak lelaki yang tersepit di antara masalah keluarga, agama dan penderaan. Dapatkah ia harungi segalanya? Adakah bahagia dan kejayaan baginya? Please share ke laman Facebook. Terima kasih
Total Pageviews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Hari ini bertarikh 31.8.2019 aku memulakan semula menulis cerita aku di blogger. Sebagai perkenalan korang boleh panggil aku dengan nama rol...
-
Aku dilahirkan pada bulan ogos di daerah limbang sarawak. Kehidupan aku lebih banyak dijaga oleh nenek dan datuk sebelah ayah yang berbangsa...
-
Sambungan Episod Lepas Perjalanan hidup aku bermula selepas tinggal bersama nenek dan datuk di limbang, Sarawak. ingin diceritakan sedikit...
No comments:
Post a Comment