Keperitan aku lalui selama tinggal dengan mak dan ayah dahulu beransur hilang diganti dengan kebahagian yang nenek dan datuk curahkan. Namun jauh di sudut hati aku tetap sentiasa persoalkan kenapa mak kandung aku sendiri sanggup mendera dan mengabaikan aku. Kenapa adik beradik yang lain tidak di pukul, kenapa aku tidak diberi makan seperti adik beradik yang lain. adakah aku anak angkat?
Semasa tinggal di limbang, pakcik, makcik dan sepupu yang lain selalu datang menjenguk nenek dan datuk. Aku pun menjadi rapat dengan mereka semua. Nenek dan datuk selalu bawa aku sembahyang ke gereja setiap hujung minggu. Hakikat sebenarnya mak, ayah dan adik beradik aku yang lain beragama islam. Apa yang membuat aku suka ke gereja adalah disebabkan layanan mereka terhadap aku adalah sangat baik. Tidak pernah sekali pun aku dipukul mahupun didera.
Nenek dan datuk adalah penganut kristian Sidang Injil Borneo (SIB). Membaca kitab bible adalah kesukaan aku ketika itu sehingga aku lupa akan agama islam yang keluarga aku anuti. Tiada beza yang banyak dalam bible dan quran seperti pengetahuan semua. Penganut kristian SIB menganggap Allah sebagai tuhan dan Yesus (dalam islam Nabi Isa) itu malaikat mereka manakala dalam islam juga Allah itu tuhan yang harus disembah dan Muhammad itu Nabi mereka.
Mak aku bangsa bajau agama islam, ayah pula bangsa bisaya agama kristian. Jadi kami sekeluarga sebenarnya berbangsa bisaya dan beragama islam. Aku sepatutnya beragama islam. namun semua nya berubah selepas tinggal bersama nenek dan datuk dan juga kerana kekesalan atas penderaan daripada mak kandung aku sendiri
Selama di limbang aku adalah seorang kristian, di sekolah aku ikut pendidikan moral dan bukan nya pendidikan islam. Aku pergi ke gereja, menyanyi dan memuji tuhan dengan nyanyian. Otak, hati dan pemikiran aku selalu mempersoalkan kenapa orang beragama kristian menjaga aku dengan lebih baik berbanding keluarga aku yang beragama islam pula selalu mendera aku.
Ketika aku menulis cerita ini aku sudah pun menganuti semula agama islam. Kristian dan Islam adalah agama yang sentiasa aku hormati.
Nantikan sambungan cerita pada episod seterusnya 😊