Walau pun ketika itu aku hanyalah seorang budak kecil namun aku sangat sedar dengan situasi yang aku hadapi. Polis mula menyoal siasat aku dengan bertanya siapa ahli keluarga dan sebagainya. Aku memberitahu segalanya kepada polis. Jururawat juga di panggil ke balai polis untuk memeriksa seluruh badan dan mengesahkan sekiranya terdapat kesan lebam pada badan. Bahagian jururawat mengesahkan bahawa terdapat kesan lebam pada bahagian badan akibat dipukul.
Aku juga memberitahu pihak polis bahawa aku tak nak balik dan tinggal di rumah keluarga semula kerana takut akan didera semula. Pihak polis membuat panggilan ke daerah limbang dan memanggil nenek dan datuk aku untuk datang ke miri bagi menyelesaikan hal aku bersama mak dan ayah.
Mak aku turut dipanggil oleh pihak polis untuk datang ke balai bagi siasatan. Beberapa jam menunggu di balai polis miri. nenek, datuk, mak dan ayah pun sampai ke balai. Nenek terus memeluk aku dan memarahi mak dan ayah kerana biarkan benda seperti ini terjadi. Akhir nya masalah selesai di balai polis aku pun mengikut nenek, datuk, mak dan ayah balik semula ke rumah.
Sampai sahaja di rumah ayah menarik aku masuk ke bilik dan terus menerajang dan memukul aku sekuat hati. Dia cakap aku memalukan keluarga kerana lari dari rumah dan buat repot. Nenek masuk ke bilik dan memeluk aku daripada terus diterajang oleh ayah. Aku terus menangis dengan rasa sakit badan kecilku ini di pukul. Nenek menenangkan aku dan memarahi ayah kerana memukul aku yang masih kecil. Nenek dan datuk membuat keputusan untuk membawa dan menjaga aku di limbang.
Dalam cerita ini aku cuma nak bagitahu setiap kesakitan dipukul, didera masih tersimpan jauh di dalam sudut hati ku sehingga ke hari ini namun aku tetap teruskan kehidupan seperti tiada apa yang berlaku di masa lepas.
Nantikan cerita seterusnya di episod berikut.
No comments:
Post a Comment